ANAK: "Ayah,
boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh,
apa dia?"
ANAK: "Ayah,
berapa gaji ayah sejam?"
... AYAH:
"Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja
adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji
ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh!
(Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah,
boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa
geram...
AYAH: "Kalau
alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli
mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri
sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."
Adik pun masuk ke
biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa
sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan
sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam
kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik
betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik
meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...
AYAH: "Adik,
adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak
ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah
telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat
di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang
adik minta..."
Adik pun berasa
sangat gembira...
ANAK: "Oh,
terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik
pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang
dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa
sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa
adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"
ANAK: "Sebab
duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."
"Ayah, adik
ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah
awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa
sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.
Ini adalah
peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat di dalam hidup. Kita
seharusnya tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa menghabiskannya
dengan orang yang penting dalam hidup kita; orang yang dekat di hati kita.
Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau
dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal
esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita.
Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan
kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa
mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.
Sesetengah perkara
adalah lebih penting dari kerja...
No comments:
Post a Comment