Agama adalah nasihat, kami (para sahabat) bertanya ; “bagi
siapa?” Rasulullah SAW bersabda: “bagi Allah, bagi ktab-Nya, bagi Rasul-Nya,
bagi para pemimpin orang muslim dan bagi orang awam mereka” Riwayat Imam Muslim
Nasihat bagi Allah ialah dengan mentauhidkan-Nya tanpa
sebarang syirik, mengikhlaskan niat untuk-Nya, patuh kepada perentah-Nya dan
menjauhi larangan-Nya.
Bagi Kitab-Nya ialah dengan mempercayai apa yang didatangkan
oleh al-Quran,melaksanakan suruhan di dalamnya dan menjauhi larangan di
dalamnya.
Bagi Rasul-Nya ialah dengan mencintai baginda mengatasi barang
sesuatu termasuk diri sendiri, patuh kepada perentah baginda dan meninggalkan
larangan baginda, menghidupkan sunnah baginda.
Bagi para pemimpin orang Islam ialah dengan mentaati mereka
selagi tidak di dalam perkara maksiat, sembahyang di belakang mereka, berjihad
bersama mereka, menegur mereka apabila mereka tergelincir dari suruhan agama,
Berdoa dan berharapkan kebajikan bagi mereka. Membantu mereka dalam
melaksanakan kebajikan.
Bagi orang awam muslimin ialah dengan menunjukkan kepada
mereka kebajikan dan mengajak mereka melaksanakan, menunujukkan kepada mereka
keburukan dan mengajak metreka agar menjauhinya. Mendatangkan kebaikan untuk
mereka dan mengelak mereka daripada kesulitan, membantu mereka dalm urusan
dunia dan akhirat mereka,
Itulah sikap yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita, kita
akan membantu , bekerja-sama di dalam kebajikan dan ketaqwaan yang dijayakan
oleh muslim yang lain, termasuklah pihak pemerentah. Kita doakan kebaikan
kepada para pemimpin kerana menyedari sekiranya mereka melakukan kebaikan dan
keadilan, maka para rakyat akan menikmati kebaikan dan keadilan tersebut.
Sekiranya mereka melakukan kejahatan dan kezaliman, maka rakyat akan menerima
akibat perbuatan tersebut.
Terdapat ulama pada zaman awal Islam yang mengatakan :
“sekiranya bagi aku terdapat suatu doa yang mustajab, niscaya aku akan berdoa
agar Allah akan mengislahkan para pemimpin, kerana kebaikan mreeka akan dinikmati
oleh orang ramai dan kejahatan mereka akan ditanggung oleh orang ramai pula:”.
Susur-Galur Pak Lah:
Pak Lah berketurunan ulama terbilang, Datuknya Syaikh Abdullah
Fahim adalah seorang ulama yang mahir di dalam belbagai bidang, termasuklah
dalam mengubah syair arab dan juga ilmu falaq.
Syaikh Abdullah Fahim adalah seorang ulama yang bersemangat
kebangsaan, sesuai apa yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh gurunya Syaikh
Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani . Terlibat di dalam usaha-usaha menuntut kemeredekaan
tanah air, sehingga beliau lah yang diminta menentukan tarikh kemerdekaan bagi
Negara ini oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Sealian daripada semnagat kebangsaannya yang kental, beliau
juga sangat tegas mempertahankan fahaman arus-perdana ummah ini, iaitu
sebagaimana huraian ulama muktabar di kalangan ahlu as-sunnah wa al-jamaah. Di
zamannya beliau berdepan dengan golongan yang anti-mazhab dan menolak huraian
ulama silam, terutama di kalangan yang terpengaruh dengan aliran Ibnu Taimiyyah
dan Ibnu Qayyim Beliau menganggap golongan ini sebagai golongan
khawarij..Anatar lain, beliau mencatatkan:
“(Nasihat) supaya jangan berpecah oleh bangsa Melayu sendiri.
Sekarang timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab
empat mazhab ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah.Maksud mereka itu untuk mengelirukan
faham orang awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan Melayu yang jati.
Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu”.
Beliau menambah: “Tuan-tuan bangsa Melayu tertipu daya hasutan
mereka itu dikeluarkan hokum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan
fatwa mereka ituakan masaalah yang buruk-buruk sudah terdengar kepada orang
awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah-belah sesame bangsa sendiri”.
Sehingga beliau mengatakan pula: “sesiapa yang datang kepada
kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu,
tujuannya untuk memecah belahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan
kamu, maka bunuhlah akan dia”
Kita mengharapkan prinsip dan pendirian yang sama akan diambil
oleh Pak Lah, prinsip dan pendirian memperjuangkan usaha untuk memartabatkan
kedudukan Islam di tanahair, membina kesatuan bangsa Melayu daripada perpecahan
dan mempertahankan kesucian ajaran Islam daripada di selewengkan oleh
aliran-aliran yang menyelip masuk. Kalau di zaman Syaikh Abdullah Fahim ancaman
datang daripada gerakan memperkecilkan fahaman yang berpegang pada huraian
ulama mazhab; maka sekarang ini terdapat aliran Islam liberal, feminism secara
barat walaupun di atas nama Islam dan lain-lain faham yang menyesatkan
termasuklah fahaman yang masih berbaki yang ditentang keras oleh S..yaikh
Abdullah Fahim.
Sudah tentu Syaikh Abdullah Fahim berdoa untuk kebajikan
zuriatnya, dan kita mengharapkan sebahagian daripada kebajikan itu akan
disalurkan oleh Allah melalui langkah-langkah yang diambil oleh Pak Lah, ketika
Pak Lah menjadi perdana menteri. Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan
yang diredai-Nya
No comments:
Post a Comment