Dari awal minggu lepas lagi, ayah ada memberitahu yang emak
dikampung tak berapa sihat. Makan tak selera,tak boleh tidur, demam dan lemah
badan, murung,keletihan dan banyak simptom lain yang membuat kami anak-anak ni
susah hati. Kena pulak, kesemua anak-anak emak berada jauh dari sisinya. 2 adik
saya di KL, manakala saya pula di JB. Nak ambik cuti pun, susah juga,
memandangkan ketiga-tiga kami banyak menghabiskan cuti untuk hari raya yang
baru lepas. Mengenai emak pulak, ayah dah bawak berjumpa doktor;swasta dan
kerajaan, dah bermacam ubat dan vitamin dari doktor. Tapi keadaan emak masih
tak berubah, malah semakin lemah dan tak bertenaga.
Memang risau jugak
mendengar khabar emak dalam situasi begitu. Lalu salah seorang dari kami
anak-anak ni mencadangkan kepada ayah supaya membawa emak ke KL, bertujuan
untuk mencari doktor yang lebih baik. Lagi pun kat KL ni pelbagai pakar
perubatan yang ada, banyak pilihan. Anak-anak pun ada disini. Mungkin boleh
bergilir-gilir ambil cuti separuh hari untuk membawa emak berjumpa doktor.
Sampai saja ayah dan emak di KL pada hari Jumaat yang lepas, adik saya yang
kedua mengambil cuti untuk meneman emak. Adik saya membawa emak makan-makan
disalah sebuah shopping kompleks di KL ni, sambil window shopping sikit. Adik
ketiga saya pulak, mengambil cuti separuh hari, untuk sama-sama menemani emak.
Manakala saya pulak, turun dari JB ke KL. Bila bertemu anak menantu dan cucu
tu, nampak sikit perubahan riak muka emak. Emak nampak macam bertenaga berbual
dan bergurau dengan anak cucu. Dari berbual dengan anak cucu, kami kerumah bapa
saudara yang mengadakan open house pada hari sabtu yang lepas. Nampak emak
semakin bertenaga walaupun langsung dia tak makan ubat yang diberikan oleh
doktor. Berjumpa dengan anak-anak saudaranya yang ramai, adik beradiknya yang
lain, bersembang, bergurau sambil makan, nampak selera emak pun mula timbul.
Kalau sebelum ni, nasi dimakan hanya sesuap dua, ini dah bertambah.
Memandangkan suami ke KL atas urusan kerja dan diberikan kemudahan penginapan,
saya meminta suami supaya up-grade hotel room ke apartment. Memang kami mencari
bilik yang mengadap ke arah KLCC dan KL tower untuk menikmati keindahan cahaya
neon diwaktu malamnya. Sengaja kami biarkan mak dan ayah relek-relek dihotel
sambil bermain dengan cucu-cucunya. Disebelah petangnya pulak, turn saya pulak
membawa emak jalan-jalan dan makan-makan. Sebelum keluar makan, saya asyik
berpikir, kat mana saya nak membawa emak dan ayah untuk menikmati hidangan yang
istimewa dan yang dapat membuka selera orang tua. Bila tanya emak dan ayah,
mereka pun tak tau apa nak dimakan. Saya lagilah pening. Akhir sekali, saya
membawa emak dan ayah ke KLCC. Nampak saja restoran yang agak unik, saya
bertanya emak dan ayah samada nak makan atau tidak. Semuanya emak dan ayah tak
nak. Dah dua tiga floor, tapi mak dan ayah masih tak nak makan. Aduhhh....Tiba-tiba
emak bersuara, katanya dia nak makan donut.
Terus saya mencari Dunkin Donut,
dan kami sekeluarga pun duduk makan-makan sambil menjamu mata melihat pelbagai
gelagat manusia disana. Dan emak pun nampak berselera menjamah donut dan kopi
panas. Disebelah malamnya pulak, selepas suami habis dengan urusan
kerjanya,kami membawa emak berjalan-jalan disebelah malam menikmati panorama
KL. Adik-adik saya juga pun sama-sama mengambil turn membawa emak jalan-jalan,
sambil membawa anak-anak masing-masing untuk sama-sama bermesra dengan maktok
dan tokyah. 2 hari di KL, emak nampaknya semakin sihat, selera makan pun kian
bertambah. Dan hari ini, emak dan ayah sudah pun berada di rumah saya di JB.
Semalam ketika sampai di rumah saya, stok ikan ayam didalam peti sejuk tak
banyak, hanya tinggal serba sedikit. Niat dihati asalnya nak ajak emak dan ayah
makan diluar. Tapi emak dan ayah dah keletihan. Jadi saya pun masaklah ala
kadar baki lauk yang ada didalam peti sejuk; ikan goreng, sup ayam, sardine,
udang goreng dan hanya bersayurkan timun. Kesian pulak bila terlihat lauk tu, cincai je..,nanti terbantut pulak
selera emak dan ayah.. dah lah emak selalu je tak selera makan.
Tapi jangkaan
saya salah, emak dan ayah nampak begitu berselera, siap bertambah makan. Emak
pulak seronok dan berselera sungguh makan bersama kami anak beranak. Dan pagi
ini bangun, emak nampak semakin cergas. Nyenyak tidur katanya; walaupun
terpaksa berhimpit dengan cucu-cucunya, kerana semua cucu nak tidur dengan
maktok dan tokyah. Dah tiga hari emak langsung tak makan ubat yang disediakan
oleh doktor. Tapi Alhamdulillah, menakjubkan.., kesihatan emak semakin baik,
makan berselera dan nampak bertenaga. Insyaallah, moga-moga kesihatan emak akan
semakin pulih selepas beberapa hari berjumpa dengan anak cucu. Sebelum emak dan
ayah datang bersama kami, saya dan adik-adik dahbercadang nak sama-sama kongsi
duit mencari doktor pakar buat emak, nak bawak emak dan ayah makan di hotel
atau restoran yang berjenama kat KL ni, nak bawak mak dan ayah pergi bercuti,
dan pelbagai perancangan yang kami aturkan, biar habis duit sikit, asalkan emak
sihat.
Tapi perancangan kami anak-anak ni salah rupanya. Bukan mahal yang
menjadi pemangkin kesihatan dan kegembiraan buat emak dan ayah. Kehadiran anak,
menantu dan cucu disisi ketika kesihatannya terganggu adalah ubat untuk
segalanya. Ketika saya membuka beg duit saya, jumlah yang saya peruntukkan
untuk emak dan ayah makan itu, masih lagi terselit disana, tak banyak
berkurangan. Bila terlihat bil Dunkin Donut, tak sampai pun RM20 saya gunakan
untuk saya mengenyangkan perut emak dan ayah. Dari Mid Valley ke KLCC, tak ada
satu barang pun emak beli, semuanya tak berkenan dihati. Tapi mukanya manis,
tersenyum dan tak ada sedikit pun rungutan, malah semakin segar ketika kami duduk-duduk
di kerusi rehat yang disediakan di MidValley sambil makan sandwich dan minum
coffee yang harganya taksampai RM3.00. Dan niat asal nak berjumpa doktor pakar
pun tak jadi, bila melihat emak semakin sihat. Hanya anak cucu yang mengambil
tempat doktor pakar, adayang picit kepala, ada yang picit kaki, ada yang
menjadi pakar kaunseling tak rasmi, ada yang menjadi pakar motivasi, ada yang
menjadi tukang karut,ada yang menjadi penglipur lara, melihat cucu-cucunya yang
kecil yangbermain,bergaduh, menangis, bergelak...
.So... sementara Mak &
Abah kita masih ada ni, luangkanlah masa sebanyak mungkin untuk mereka...
selalu2lah bertanyakan khabar mereka walaupun kita tinggal bersebelahan rumah
dengan mereka...... macam kata orang Kedah... "tak habis seduit
pun"... setakat nak menjengok & bertanyakan khabar berita serta
kesihatan mereka.....Renungkan & Fikirkanlah Bersama.....
No comments:
Post a Comment