”Abang ni balik je
kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar,
menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya
pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri,
bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak
masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter
isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah sang
isteri tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah
tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya
sang isteri menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti
kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh
dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati
suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan,
tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja
lagaknya.
Apa yang lebih
mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga
peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga
akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang
negatif.
Kebelakangan ini
juga, banyak kes-kes penceraian berlaku yang mana anatara sebabnya isteri tidak
menghormati suami dan pelbagai lagi yang meruntuhkan institusi rumah tangga
yang mana mendirikan rumah tangga itu diibaratkan mendirikan masjid.
Banyak nas
al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri
mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah
s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya
sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada
suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami
amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya
sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga
halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda
telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri
daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu
Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati
baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ” Ya Rasulullah, apa
yang! membuat anda menangis? “
Baginda menjawab,
” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan
daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku
menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. “
Mengherdik
Baginda antara
lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas
dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan
menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang
tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa
yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29
inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi
perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga
yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami
mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi
janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri
patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s.
a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang
tidak bersyukur kepada suaminya. “
Hal ini biasa
terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam
orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi
yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak
sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia
bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika
kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita
sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu
Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah
tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta
suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda
untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah
bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta
rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi hakmilik baginda,
tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak
dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah
itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh
puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang
tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah
malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ”
Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku
berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari
tadi? “
Fatimah amat
sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa
bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap
kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu,
wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya.
Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi
apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia
melakukannya.
Baginya, segala
tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan
yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun
tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak
meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana
sekalipun darjatnya.
Kepada para suami,
kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di
bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi
sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah
melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang
sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami
bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w.
telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka. Jikalau
isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s.
a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian
adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang
terbaik dalam mempergauli keluargaku. “
Bagi kaum wanita
& lelaki yang sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling
tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi
membawa manfaat bagi kita semua… insya’Allah. ..
SIKAP ISTERI tidak
menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana
berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka
meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab
rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik
MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT. Tapi kenapa sampai sekarang para
isteri masih suka meninggikan suara terhadap suami? Haiyaaaa ini laa olang
putih selalu cakap itu isteli haaa itu olang panggil queen control….
So, sama2 la kita renungkan..........

No comments:
Post a Comment