Selamat Datang

Selamat datang kepada para pengunjung.semoga kita semua dalam limpahan rahmat Ilahi sentiasa. Marilah sama-sama kita belajar dan mencari ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Semoga para sahabat dapat memanfaatkan ilmu yang ada dalam blog ini. InsyaAllah....

mata cincin teras gemunggal

mata cincin teras gemunggal
Harga RM50 termasuk pos.berminat hubungi 01129615184(khairul)

Ijazah Ilmu Perubatan dan Kebatinan

Bagi sesiapa yang berminat dan juga mempunyai semangat yang kuat nak jadi perawat boleh hubungi pihak kami..InsyaAllah pihak kami akan membantu dan "follow Up" sampai anda boleh menjadi perawat...pelbagai keilmuan akan diijazahkan kepada yang berminat..InsyaAllah..

Ilmu yang diIjazahkan ada 2 peringkat"

1)tahap 1.. ruqyah syariyah
2)tahap 2...tenaga dalam(jurus yang mengunakan 100% Ayat Alquran)

selain itu ada lagi ijazah keilmuan yang lain:

1) Ilmu Jurus Pasak Bumi
2) Ilmu Jurus Zulfikar
3) Ilmu gerak Rohani
4) Amalan Maghrobi
5) Asma`sunge Rajeh
6) selawat perubatan
7) ilmu jurus asma alhusna
dan banyak lagi keilmuan yang lain...


anda akan dilatih sehingga pandai dan boleh merawat..Moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan keredhaan Allah S.W.T sentiasa...Amin

Tuesday 19 August 2014

kisah dulu dulu je

teringat kisah dulu dulu masa den mula2 menceburi bidang perubatan...den belajar dulu sobab nak bantu family(den boleh la cakap ingeris skit2).....family den dulu kena sakit terok terkena buatan orang...bila den dah belajar den pun berubat la family den...Alkisahnya den nak bagtau belajar perubatan mistik ni banyak cabaran dan ujian...kalau tak kuat baik undur diri je...kalau anak jantan jangan undur...hahaha

den pernah lawan ngan bomoh siam,jawa,asli dan mcm2 jenis bomoh lagi.(pakai jurus la beb)...ada yang kuat dan ada yang lemah...semua tu menambahkan pengalaman den sebagai perawat..maklum le den kan beginner lagi masa tu..

first time den tangkap hantu..syok bebb...baru tau macam mana guru den dulu tangkap hantu...den tangkap hantu raya je...biasa la beginner kan....dlu hantu duk tibai den tapi sekarang tgk den pun hantu dh lari...haha
bukan ckp besar tapi tu la kenyataannya...

setakat itu saja kisah dulu2 den....

Air Selusuh

Ramai benor yang duk tanye den pasal air selusuh ni...penat den nk jawab..hehe..jadi elok den citer je kat sini moga2 semua pembaca boleh tau...

Air selusuh ni bukan benda yang asing bagi orang melayu terutama bila orang mengandung lagi la duk mintak air selusuh..sebab apa?..air selusuh ni untuk memudahkan dan melancarkan bagi orang perempuan ketika waktu hendak bersalin je...

ada sesetengah orang buat mengunakan minyak dan ada juga yang gunakan air...dua2 pun boleh..air selusuh ni dibacakan dengan ayat2 alQuran dan juga doa2 tertentu yang sesuai untuk permpuan yang nak melahirkan anak...

Den ingat lagi mok den mesti pi cari ustaz kalau ada adik beradik den yang nak melahirkan anak...sebab nk air selusuh lerrr....haha

nanti kalau den rajin den kongsikan cara buat air selusuh mengikut kaedah ilmu Syahadah...tak susah pun beb...abang2,suami2,pakcik2 semua boleh buat sendiri.....

scan diri sendiri

Untuk mengetahui ada gangguan dalam badan ke tidak boleh la cuba:..hehe

Baca:
 Alfatihah 1x
Al-Ikhlas 1x
Al-falaq 1x
An-Nas 1x
Ayat Qursi 3x
Zikir Allah dalam hati 21x

Jika ada respon pape lepas baca boleh la bagtau melalui ruangan komen ataupun Like facebook den...Insyaallah den akan respon setiap pertanyaan anda....selamat mencuba

sekadar cakap2 kosong je

Dalam kehidupan di dunia yang fana ini dimana teknologi berkembang pesat seiring dengan proses kemodenan dimana manusia begitu sibuk dengan urusan kerja dunia..TAPI adakah kita lupa kita ada satu lagi alam yang perlu ditempuhi iaitu ALAM AKHIRAT ALAM KEKAL ABADI..

PERSOALANNYA, adakah kita bersedia menghadapi alam akhirat yang mana didalamnya hanya ada syurga dan neraka....bila bercakap soal syurga dan neraka sudah pasti ramai yang menjawab "aku nak masuk syurga"...TAPI tidakkah kita terfikir layakkah kita untuk syurga ALLAH....rasanya diri sendiri tahu jawapanya...

SUDAHKAH kita sudah memulakan langkah pertama dalam mengejar Alam akhirat ataupun kita masih lagi berada dalam dunia khayalan dan angan2 mat jening tanpa ada apa apa kerisauan dalam hati untuk bertemu Allah Raja Sekelian alam

Marilah sama2 kita memulakan langkah pertama bagi yang belum dan bagi yang sudah berjalan ALHAMDULILLAH teruskan perjalanan anda..jangan lupa lengkapkanlah diri KITA semua dengan ilmu SYARAIT,TARIQAT,HAKIKAT DAN MAKRIFAT... InsyaAllah selamatlah kita didunia dan akhirat...

Thursday 1 August 2013

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Wednesday 31 July 2013

Tujuh kalimah


Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah 

pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah 

 pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

Tuesday 30 July 2013

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qada


1 - Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah AlQadr)