Selawat ini dibaca untuk Memohon supaya segala hajat kita
dikabulkan oleh Allah S.W.T.. Insya Allah..
Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang
sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami
nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan
dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah
segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur
yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan
zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap
kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."
Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:
1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah
dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya
2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah
rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..
Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan
lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang
memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat
keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..
"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka
terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
sedekahnya yang berterusan,
ilmu yang memberi faedah, dan
anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
-Hadis Sahih-
Untuk ijazahnya boleh emailkan kepada (nursyahadah_38@yahoo.com)

No comments:
Post a Comment