Jin asyik adalah kategori jin yang menjadikan manusia
sebagai kekasihnya. Jika jin bunian maka pesakit selalunya suka bersendirian
dan jika pada tahap parah boleh membawa gila. Jika jin pocong, polong atau
seangkatan dengannya pesakit mempunyai kesan-kesan lebam terutama di bahagian
kaki kerana kesan dihisap darah oleh jin berkenaan.
Berdasarkan pengalaman merawat, saya kategorikan jin
asyik kepada 2 jenis iaitu jin asyik tegar dan jik asyik suka-suka.
Jin asyik tegar adalah jin yang benar-benar mahu menjadikan
mangsa sebagai pasangan hidupnya. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.
Jin ini sentiasa memerhatikan gerak-laku bakal kekasihnya sehinggalah timbul
bibit rasa sayang dan akhirnya berazam menjadikan mangsa sebagai kekasih.
Mangsa jin asyik tegar akan mengalami beberapa masalah
dalam kehidupan hariannya terutama melibatkan isu-isu perkahwinan. Apabila ada
orang yang berminat dengannya jin asyik akan cuba menghalang dengan pelbagai
cara seperti menghodohkan wajahnya, membibitkan rasa benci dan juga provokasi
terhadapnya. Natijahnya dia sukar dipinang orang atau menjadi seorang pemuda
yang telajak membujang.
Mangsa suka bersendirian, fobia dengan pasangan
gendernya, sukar tidur malam serta sakit/pening kepala. Dimasa masa tertentu
dia seakan mendengar suara atau bisikan apabila berseorangan. Lebih dari itu
jin asyik berusaha menunjukan kehadirannya dengan membentuk lintasan ataupun
apa saja bagi menarik pandangan kekasihnya.
Bila tidur mangsa akan bermimpi bertemu/melihat seorang
pemuda (jika dia seorang wanita). Lebih ganas lagi bila dia selalu
"bersama" dengan pemuda berkenaan dan melihat kanak-kanak yang
kononnya adalah anak mereka berdua. Ada ketika mangsa merasa seakan ditindih.
Jin asyik akan mengganas jika kemahuannya tidak dilayan.
Dia mengganas apabila kekasihnya berjaya dipikat oleh orang lain. Ketika inilah
mangsa akan dalam keadaan depress samapai mahu membunuh diri.
Jin asyik suka-suka pula tidak demikian. Baginya mangsa
hanyalah sebagai keperluan memenuhi nafsu sahaja. Ia datang sekali-sekali.
Mangsa juga melihat kelibat, mendengar suara dsb. Tetapi tidak sekerap jin
asyik tegar.
Apabila merawat gangguan jin asyik, bagi jin asyik tegar
akan berada ditubuh pesakit. Pada peringkat awal dia cuba menyembunyikan
dirinya walaupun dibalasah dengan pelbagai ayat rukyah. Dia hanya mengalirkan
air mata tanda kesakitan dibelasah. Maka untuk itu rawatlah seperti biasa.
Bagi jin asyik suka-suka, anda akan dapati bahawa jin
berkenaan tidak ada pada pesakit walaupun pesakit memberikan simpton yang jelas
beliau telah diganggu. Pesakit tidak menangis dan tiada reaksi apabila scanning
dilakukan. Oleh itu anda tak perlu merukyah panjang setelah usaha2 scanning
dijalankan. Untuk itu tamatkan rawatan kerana jin asyik jenis ini adalah
kategori touch n Go. Bekalkan pesakit dengan aroma, air rawatan dan attar
kasturi untuk dipakai waktu malam. Gangguan akan dapat dihindarkan setelahmana
pesakit membenteng diri dengan zikruLLAH.
No comments:
Post a Comment