1) Hadith:
الصلاة في
أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya:
" Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat
keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
2) Sabda
Nabi SAW
سيل النبي
صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya:
" Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat
di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih
3- Nabi SAW
bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana
kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith
Shohih riwayat Al-Bukhari)
4- Nabi SAW
bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku ,
nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga
1/3 atau ½ dari malam"
5- Nabi SAW
bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga
lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
6- Nabi SAW
Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung
ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah.
Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan
dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)
Demikian,
hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat
beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang
mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih
dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-
Mazhab
Hanafi:Sebaik
waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih
afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid.
Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab
mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab
afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin
sebelumnya.
Mazhab
Maliki: Sebaik2
waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk
berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis
solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.
Mazhab
Syafie: Disunatkan
menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup
dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas. Mazhab
Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor.
Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan
makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan
hadith ketiga. Kesimpulan menurut penulis: Umumnya, solat di
awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin
dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat
sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi
Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di
awalnya.
Tulisan
: Ust Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment