Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita)
Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan
bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah,
mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh.
Ada dua jenis pernafasan ie pernafasan dada (chest
breathing) dan pernafasan perut (abdominal breathing).
Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara
perlahan-lahan.
Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?
Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian dada
mengembang bila anda menarik nafas.Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak
di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.
Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan
rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.
Latihan Pernafasan.
Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh
dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat
meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.
1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks
2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan
bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4.Tahan nafas di
perut.
3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4
4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4
perlahan-lahan.
Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi
sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup! ataupun bila anda dalam
keadaan STRESS!
SEMUA YANG SAYA NYATAKAN ADALAH SEKADAR PENGENALAN..UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERTANYALAH KEPADA GURU YANG MAHIR. INSYAALLAH

No comments:
Post a Comment